HOME ABOUT TUTOBIES TIPS&REVIEW RAKAN BLOG TEMPAHAN

Tips ; Perkara yang perlu dilakukan jika sakit kepala

Related image

Hai semua :)) Farah nak kongsi sikit perkara2 yang perlu dilakukan kalau korang mengalami sakit kepala. 

Pasti ramai antara kita pernah atau selalu alami sakit kepala kan? tapi... korang tahu tak apa yang korang kena buat kalau sakit kepala? meh sini farah nak habaq kat hampa lol =.=

1. Minum Air 
Benda ni nampak simple. Tapi, kalau korang nak tahu, sakit kepala banyak disebabkan oleh dehidrasi(kekurangan air). Jadi, amalkan minum air 8 gelas sehari.

2. Makan Tembikai
Pelik tapi benar. Ya, jika sakit kepala korang disebabkan oleh dehidrasi, makan makanan yang kaya dengan air juga boleh melegakan sakit dengan menghidrasi badan korang.

3. Bernafas sedalam-dalamnya
Bila korang rasa sakit, badan anda korang akan stress. Bernafas dalam dalam akan membantu korang relaks dan meringankan ketegangan

4. Minum secawan kopi
Sakit kepala biasanya disebabkan oleh pengembangan saluran darah. Kafein didalam kopi boleh membawa mereka kembali ke saiz normal.

5. Minum Teh halia
Halia mempunyai sifat Anti-Radang yang boleh meringankan sedikit kesakitan

Itu sahaja :) harap tips ni boleh membantu korang. kalau ada salah, tegur ya :))

3 comments:

Komen anda sangat dihargai :)