WATSON SALE HAUL! | BEAUTY

Hai Assalamualaikum !

Semalam, I pergi watson memandangkan watson ada sale up to 50% ! you guys kena pergi, serious. time I pergi semalam banyak yang dah habis huhuhu sedihnya T.T


these are the two items that I got yesterday.


Okay, 1st I beli this one Mascara - Maybelline Total Temptation Mascara
RM38.61
mula-mula I tengok kat barcode bawah tuh tulis cam ada off price. pastu dah beratur kat kaunter tuh , dah scan tetibe harga lain. rupanya takde off pon. huhu I pon grab jela sis sebab ni je mascara yang tinggal and I pon takde Mascara.


Next, I grab Hada Labo Hydrating trial set. 
RM25.92
I dah try Hydrating Lotion yang Rich and it does great on my skin. and since I ada extremely oily skin, I nak try yang Light punya sebab yang ni di-suggest-kan untuk people with oily skin.
yang ni dia ada 10% off
review? coming soon :D

thankyou guys for reading  <3

Hadiah Giveaway Ramadhan/Syawal 2019 oleh Sha Mohamed dah sampai!

Hai Assalamualaikum semua!

harini rasa seronok sangat nak update blog nih sebab Hadiah dari kak sha dah sampai!
actually hadiah ni dah sampai beberapa hari lepas tapi harini baru nak update >.<

firstly, terima kasih sangat sangat kak sha untuk buku nih <3
jap jap, mana gambar bukunya? hah nih

ada pulak terselit beteri kat situ

jom visit !
blog Kak Sha : SINI
entry Giveaway : SINI
entry pemenang giveaway : SINI

Addmath? susah? | LIFE EXPERIENCE

Hai Assalamualaikum!
semalam I ternampak tweet kak Mai kat twitter
"Have you ever sat down at your table and start bursting into tears because your subject is really difficult and you know you have tried your best but somehow you are still having a hard time to understand because I do, most of the time." and I rasa i nak share my story pasal Addmath. subjek yang killing me.

and it happened to me last year.

I rasa satu Malaysia ni tahu Addmath tu susah. I am one of those blur person dalam kelas. Memang kalau cikgu ajar dalam kelas, I faham dalam 30% je. sometimes it can be 10 or 0.
So I time tu memang dah give up terus. tusyen tak paham. sekolah pun faham sikit. buat exercise lain terus jadi tak faham. last sekali berhenti tusyen Addmath.

and semua exam aku fail. dari awal form4 smpai form5. kecuali ujian satu form5, sebab soalan dia sebijik dengan soalan akhir tahun form4. So I hafal je jawapan yang kitorang dah bincang last year.

BUT

I finally come to my sense time dah nak dekat trial SPM. I cari jalan untuk LULUS Addmath. Lulus eh, I tak aim nak dapat A ke apa ke. Alhamdulillah, I jumpa this one video kat youtube. Tajuk apa I tak ingat dah. and i cuba la tengok dari awal smpai akhir. pastu salin nota. And serious shit I terkejut beruk sebab that was my first time faham.

so I buat latihan lepas tengok video tu. It was a miracle! I boleh buat certain exercise. and I kept on trying. lepas satu topic, i buat topic lain. Hari2 I tengok video and buat latihan.

selain tengok video, bila kat sekolah, i akan seek help from classmates (i pun fikir, kenapa i tak tanya diorang dari awal) THEY HELPS A LOT! even terpaksa ulang banyak kali. I bersyukur sangat dapat kawan-kawan macam ni T.T

and time trial, i tak sempat lagi nak habiskan semua topic. topic2 awal je i sempat. so time exam, I'm still blury.. cam 'apa yang soalan ni nak?' 'apa yang dia tulis ni?' and i failed again. dapat markah tambahan pon failed.

tapi i tak give up. I teruskan perjuangan I 😂😂

everyday lepas sekolah i join study group and all. buat latihan itu ini.

and time malam nak exam tu (REAL SPM) i tidur lambat. dalam pukul 4 lebih nak dekat pukul 5. and i woke up at 6. gila weh mata aku cam nak rabak.
i cried malam tu sebab stress kenapa benda ni susah gila.

sambil jalan pegi sekolah tu I baca doa, mmg I berharap sangat I dapat lulus kali ni.
untuk paper1, i boleh jawap sikit2. yang lain i TAK SEMPAT JAWAB.
paper2 pulak, ALLAHU bukak2 je i sumpah tak faham satu apa pon yang dia nak. mana-mana formula kat depan i ambik je.
untuk soalan yang i rasa i boleh buat, i akan buat betul2 kawkaw punya!

time result day, I terkejut sebab Alhamdulillah, untuk Addmath, I capai target I. tapi tak sebagus orang lain. cuma cukup sekadar memuaskan hati sendiri. I bersyukur sebab I sedar time sebelum trial. I literally cried that day.

So, untuk adik2 kat luar sana, kalau korang baca ni, jangan give up! still ada cara lain untuk lulus or capai target korang. seek hepl from your friend. kalau bukan friend pon tanya je.

youtube channel - YMX + C
that guy with sharpie marker and kertas A4. thankyou. 💚

TERIMA KASIH SEMUA YANG BACA <3